It's Ramadhan 2015! Hari ke-18!
Alhamdulilah....
Dalam sibuk hendak merayakan Aidilfitri, saya juga sibuk menyusun aturkan perabot di rumah kecil ini. Mula-mula idea ni dah masuk ke kepala saya berbulan sudah. Tetapi memandangkan wayar astro terlampau susah nak dialih jadi saya biarkan dahulu. Dan apabila saya sudah tidak dapat bersabar lagi saya punikut sahaja kata hati.
Ini photo sebelum ubahsuai.
Ini rak untuk simpanan majalah Anjung Seri, Apartment, Impiana dan majalah dekorasi yg lain.
Ini pula rak sedia ada kat rumah ini.
Ini pandangan dari arah dapur menghala ke ruang tamu.
Ini pula ruang tamu.
******************************************
Ini pula gambar selepas sesi ubah suai.
Meja makan dan rak buku saya letak di tepi pintu masuk utama. Sebelum ini area ni saya jadikan ruang tamu (agak terhad)
Ruang tamu berdekatan dapur. Luas dan boleh main futsal kat tengah rumah.
Antara sebab saya tak guna rak ni dahulu adalah dia tak menampung tv saya. kepala kenalah teleng masa menonton.... Tapi sebab keselesaan tetamu saya kenalah mengalah dalam bab ni (saya kaki tv ya)
Ruang makan saya.
Ruang tamu dari depan dapur
Dari pintu masuk utama.
Rak tv sebelum ini...jadi meja telefon dah.
Alas meja yg murah RM5.99 di supersave.
Bunga cucuk hasil gubahan saya (saya tak kreatif bab mengubah).
#################################
T.A.M.A.T