Salam....lamanya tak menjengah 'rumah ni' last entry pun Disember 2010...hahaha...Sebenarnya sekarang ni susah sikit nak online, kerja kat rumah melambak. Tulah rasanya jadi surirumah tangga sepenuh masa ni lagi SUPERPOWER dari wanita yang berkerjaya di pejabat. Setiap minit dan saat perlu menyelesaikan tugasan rumah. Nak ngadap pc pun kena curi-curi masa.
Jadi kalau selepas ni masih juga tak updated blog ni...aku sendiri pun mungkin updated kat fb je la...
****************************
Ok buat nota sikit apa yg berlaku pagi ni:
1. Bangun lambat, tak tahu ler kenapa alarm clock yang aku set tak berbunyi. Terkejut dgn jeritan si Itam dan Coco...nasib baik la ada alarm natural tu, kalau tak terbabas la jawapnya...
2. Masa ke tadika hantar si yang2, jumpa budak kelas 2 (6 tshun) menangis, aik dah sekolah 3 tahun pun masih trauma ke dik? Kat depan gate jumpa budak perempuan meraung2 kata tak nak masuk sekolah...satu lagi kes meraung. Syukur sangat2 anak2 aku ni tak buat perangai macam tu masa ke sekolah.
3. Lampu isyarat kat simpang 4 masa aku pergi hantar anak2 ke sekolah ok je, tak sampai 30 minit buat perangai ker? Yg jadi masalahnya bila pemandu lain tak bagi jalan...dia orang terlalu pentingkan diri sendiri, aku yg nak berbudi bahasa ni kuar tak kuar jugak...kenapalah pemandu Malaysia ni tak mencontohi perangai rakyat Jepun ya?